Monday, May 25, 2009

Temasya Mengemping

Semalam, adalah hari yang memenatkan sampai aku tak sempat nak online, terus tido. Asalnya aku kena jadi urus setia dalam Temasya Mengemping semalam, tapi last minute, hari jumaat lepas, budda-budak music kat JKKNS tu panggil aku ngan Farah tok naik atas. Diorg suruh kami buat tumbuk kalang. Memula excited la, tapi bila dah buat, penat siot. Dah la tempo laju, pastu kena tumbuk sepanjang lagu tu. Nasib la lagu tu tak lama sangat dalam 2 minit lebih. Tapi tu pun lenguh jugaklah. Plus memula masuk je diorg dah bagi aku tempo yang paling laju. Sampai kejang kejap urat tangan aku.

Lepas tu pulak, tetibe diorg suruh jadi back up singer untuk this one song, "Riwayat Petani", ok la. Well sebenarnya Temasya Mengemping ni memang ada berkenaan dengan padi la. Tah camne tah, aku pun tak sure. Aku pegi jer. Tapi aku tak tengok pon diorg buat ape. Busy bersiap kt belakang stage. Asal aku kena back up satu lagu je, and satu lagu lagi tumbuk kalang, bila dah kat stage terus 3 lagu aku kena. Hampeh sey....pastu bagi aku pakai satu baju je, baju kebaya untuk tumbuk kalang yang maha menggatalkan kulit aku dan maha ketat. Aku agak tensi jugaklah sket dengan some of the dancers tu. Tapi some of them ok.

Semalam, bertolak dari Seremban pukul 6 pagi, owe lupa, temasya tu buat kat Simpang Pertang, Jelebu. Giler dalam dan ulu. And then balik sampai kat Taman Budaya balik dalam pukul 9 mlm. Kitorg keluar sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam. Paling aku tak tahan masa kat sana, cuaca. Panas sey... Habis cair make up aku. Plus aku nye make up pun bukannya tebal sangat macam yang lain. Tebal sey make up diorg. Macam tepun gomak. Tapi tak kata la, diorg tu dancers.

The musician, sangat relax. Honestly diorg memang bagus dan mantap. Aku salute kat Along and Abang Cimau (Sebab diorg tu fave aku. hehehe. the rest pon ok gak), diorg mmg tip top. Tapi sayangnya...sound system cam haprak. Dah la tak cukup mike. Pastu org yang jage audio tu mangkok, sampai tak denga suara penyanyi and back up. Buat spoil performance jer. Kalau org JKKNS memang dah kena maki dah, tapi disebabkan diorg tu dari Jabatan Penerangan, terpaksalah akur je.

Well ni ada a few pict yang aku sempat amek. Semua busy sampai nak bergambar pon terlupa. Nanti aku cuba try dptkn gamba performance.


Dengan Kak Lily, a dancer selaku back up singer. Tapi waktu temasya tu die just jd back up singer jer. Gosh gelapnye kulit aku...huhuhu




With Abang Cimau. The keyboardist. Gosh my face look so funny in this pict.




With Afiq. Adik pada singer band pada hari tu, Kak Aisyah Wahid.

2 comments:

Unknown said...

wah...byk activity. nice2...keep it up. ;)

Cherylz Nur Izatty said...

hehehe mmg pon