Tuesday, January 6, 2009

If everyone care...

Hidup ni rumit kan? Complicated sangat. Semalam aku sedih sangat. Geram...bila bf aku buat perangai pelik dia lagi. Aku sedih sangat and wonder kenapalah life aku ni penuh dengan sadness. Tapi baru aku realize, it just a silly sadness. Tak de effect sangat dan tidak memudaratkan pun. Aku baru baca latest post dari blog abang aku and it really touched me. Mungkin apa yang aku nak cakap ni may seems biasa atau tak penting bagai korang yang tak sedar lagi, tapi kita sangat beruntung, tapi tak tahulah berapa lama kita boleh jadi macam ni. Negara aman tanpa perang. Tak ada gunfire, bom sana-sini. Tapi korang sedar tak ada yang kat luar sana tu hidup dalam kegelapan? Huru hara, ketakutan... Mungkin kita tak pernah sedar betapa bertuahnya kita hidup di negara yang aman ni.

Well back to post abang(tittle "Bloody 2009) aku dalam blog dia, he was telling some stories about his friends. He was a Palestinian. Dia datang Malaysia sebab dapat scholarship untuk belajar kat Malaysia ni. In his post(my bro), dia cerita pasal Qasyar(his friends name), just got a bad news from his family, bahawa abang dia hilang dan kak ipar dia pulak cedera parah akibat terkena bom yang dilepaskan oleh tenteral Israel sewaktu membeli barang dapur di pasar. Sewaktu pengeboman tu, abang dia sedang menunggu di dalam kereta and now dia hilang tanpa dapat dikesan Yang tinggal hanya adik dia (Sufyan) yang baru berumur 16 tahun dan ibu dia yang dah tua. Dan dalam masa yang sama, tentara Israel sedang dalam perjalanan datang untuk menyerang di Gaza . Cuba korang bayangkan kalau korang berada dalam situasi dia(Qasyar), korang dapat terima tak hakikat bahawa korang berkemungkinan akan kehilangan keluarga...dan hidup sendirian?

Aku sangat simpati pada Qasyar tu. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku berada dalam situasi dia. Owe...lupa, sebab terlalu risaukan keluarga dia, dia mintak balik, tapi Palestinian Authority kat sini, tak benarkan dia balik due to safety, jadi dia terpaksa menderita kat sini. Siapa yang tak risau kalau dah tau keluarga mereka dalam bahaya.

Setahu akulah sejak dari aku mula faham keadaan sekeliling, tau tau je Palestine dan Israel memang tengah berperang. Sampai sekarang tak pernah tamat lagi. Berapa lamalah agaknya orang2 Palestine harus terhukum sebegini. Memang sedih, memang kesian. Dulunya kawasan Palestine tu besar sangat, tapi disebabkan peperangan, sedikit demi sedikit kawansan Palestine di rampas dan dijajah oleh Israel. Dan yang terbaru aku dengar, pihak Israel telah menghantar askar2 dia mengepung Masjid Al-Aqsa. Korang pepaham jelah, kalau dia dah kepung dia apa lagi dia nak buat. Sama ada meletupkan atau merampaslah. Tapi korang tau tak masjid tu masjid apa? Bukan masjid biasa. Itu masjid tempat rasulullah beribadah etc. Senang cerita, masjid tu peninggalan nabi kita. Tapi cuba bayangkan kalau Israel musnahkan? Apa perasaan korang?

Aku harap kita semua berdoalah, untuk keselamatan rakyat Palestine, dimana saudara se-Islam kita juga. Aku takut sangat dengan perang dan thank Allah, aku dilahirkan dalam negara yang aman tanpa perangan. Bayangkanlah kanak-kanak yang lahir di Palestine dalam keadaan perang macam tu. Sengsara nya... Harap korang sedarlah yang kita ni masih beruntung.

No comments: